04 September 2014 - Dalam usaha memastikan Akta Kehadiran Wajib berjalan lancar, Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Pesalah Kehadiran Wajib di Mahkamah Kuala Terengganu. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengarah Mahkamah Negeri Terengganu, Yang Arif Tuan Murtazadi bin Amran, Hakim dan Majistreet dari seluruh Negeri Terengganu, PP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu, serta kakitangan Parol Negeri Terengganu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia.
""