10 September 2014, Bertempat di Padang Penghuni Penjara Sungai Buloh telah berlangsung Program Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2014 Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 497 penghuni dan di antara pengisian program yang dijalankan ialah Pertadingan Lagu-lagu Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Ceramah Motivasi. Slot ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Ann Wan Seng dari PERKIM. Program dimeriahkan lagi dengan Kehadiran TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh yang menerima sumbangan televisyen dari Persatuan Gujerati (NGO). Sumbangan disampaikan oleh Encik Dipakkumar Vrajlal Premchand. Beliau juga turut menyampaikan hadiah Pertandingan Pengurusan Blok Terbaik.
""