10 September 2014, Bertempat di Taiping Golf Resort telah berlangsung Majlis Konvokesyen Sijil Latihan Dual Nasional (SLDN) Tenaga Pengajar peringkat Penjara Taiping. Seramai 74 perantis terdiri daripada kakitangan Penjara Taiping telah berjaya menamatkan pengajian tahap satu sebagai coach Sijil Kemahiran Malaysia. Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. TKPj Dato' Sakeri Bin Hj. Dolah, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional dan Industri) Jabatan Penjara Malaysia. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Tuan Hj Mohd. Yazid bin Awalludin Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan PKK Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Taiping. Y.Bhg. TKPj Dato' Sakeri Bin Hj. Dolah telah sudi menyampaikan sijil-sijil kepada perantis yang terlibat dan seterusnya merasmikan majlis Konvokesyen berkenaan. Didalam ucapannya, beliau memuji usaha yang telah dijalankan oleh Penjara Taiping bagi memperkasakan SLDN ini dan berharap usaha yang sama dilaksanakan oleh institusi penjara lain bagi menambah bilangan coach yang mampu memberi latihan kemahiran kepada penghuni penjara sejajar dengan visi melahirkan lebih ramai penghuni yang mempunyai kemahiran bersijil apabila dibebaskan.
""