17 September 2014, Penjara Pusat Miri telah menerima lawatan daripada Y.Bhg Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri. Lawatan turut disertai oleh Y.Bhg Datin Muhaini binti Ahmad serta pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia iaitu Y.Bhg KPj. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), TKPj. Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKPj. Ariffin bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan (Penilaian Residivis) dan juga Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Sarawak. Pada sebelah petangnya pula, Y.Bhg KPj. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah telah mempengerusikan Mesyuarat Sektor Pengurusan Zon Sarawak. Sebelum itu, pada 16 September 2014 Y.Bhg KPj. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah bersama-sama Ketua-ketua Institusi Penjara Zon Sarawak telah mengadakan lawatan ke Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Miri.
""