Pada 24 September 2014, bertempat di Auditorium P. Ramlee R.T.M Kuching telah berlangsung Program Mesej Dari Penjara Zon Penjara Sarawak Tahun 2014. Program yang melibatkan seramai hampir 400 orang itu yang terdiri daripada pelajar sekolah dan masyarakat setempat telah dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan sesi ceramah motivasi oleh Dr. Shafiee bin Hj. Lugom, manakala pada sebelah petangnya telah berlangsung majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak. Persembahan Pentomen oleh 10 orang banduan telah memberi kesedaran kepada audiens selain perkongsian pengalaman yang merangkumi kisah �sebelum, semasa dan selepas�dipenjarakan oleh seorang bekas banduan iaitu En. Leong Bon Huat yang telah berjaya membina perniagaan yang berasaskan latihan vokasional yang disediakan di dalam penjara yang telah diikutinya selama lebih 17 tahun. Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kempen derma darah, pameran oleh agensi KDN serta persembahan kugiran oleh Band Beret Hijau di luar auditorium. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Komisioner Jamaluddin bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Abd. Kadir bin Rais selain pengarah-pengarah institusi penjara Sarawak, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi berkaitan. Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan dikelolakan oleh Penjara Puncak Borneo.
""