20 September 2014 (Sabtu), Penjara Kajang telah menerima kunjungan seramai 5 Pegawai Delegasi Balai Pemasyarakatan (BAPAS) Klas 1 Jakarta, Indonesia. Rombongan tersebut telah disambut oleh Penguasa Penjara Ranjit Singh Gurdev Singh dan PPP Hamdan Abd. Hamid. Aturcara lawatan dimulakan dengan sesi taklimat, lawatan ke dalam penjara, penyampaian cenderamata dan diakhirinya dengan sesi bergambar.
""