18 - 19 September 2014, Seramai 103 anak-anak kakitangan Penjara Sungai buloh telah menyertai Program Bestari Smart Solat Siri 1/2014 yang dianjurkan oleh Penjara Sungai Buloh bersama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sempena cuti sekolah baru-baru ini. Program ini diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan Penjara Sungai Buloh dan Guru KAFA Penjara Sungai Buloh. Pelancaran program telah dilakukan oleh PP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar selaku Pengerusi Surau An-Nur dan berakhir dengan penutupan program di Dewan Perindu Penjara Sungai buloh. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai pengisian program di antaranya ialah LDK, pembentangan tentang rukun Solat, Wudhuk , Thoharah dan pelbagai aktiviti menarik.
""