Bahagian Pemindahan Antarabangsa Banduan, Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan seminar International Transfer of Prisoners; Issues And Challenges In Implementation And Negotiations pada 18 hingga 19 September 2014 di Maktab Penjara Malaysia. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 47 peserta dari pelbagai Jabatan Kerajaan yang akan terlibat dalam Skim Pemindahan Banduan Antarabangsa ini. Objektif seminar antara lain adalah bertujuan memberi kefahaman mengenai proses dan prosedur pemindahan banduan antarabangsa serta elemen-elemen penting dalam proses perundingan pemindahan banduan antarabangsa. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Alwi bin Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), KDN sementara majlis penutupan telah dilakukan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Seramai tiga ahli panel jemputan dari luar negara iaitu Prof. Dirk van Zyl Smit, Professor of Comparative and International Panel Law,University of Nottingham, United Kingdom, Mr. Manuch Sorypeth, Director of Foreign Affairs Sub-Bureau, Department Of Corrections, Thailand dan Ms. Pacharaporn Sarobhas, Director of Correctional Staff Training, Department Of Corrections, Thailand telah dijemput untuk berkongsi input dalam seminar tersebut.
""