16 September 2014 - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima kunjungan seramai 44 orang peserta kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Lawatan diketuai oleh PKP Adinaraina a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi merangkap penyelaras kursus. Para peserta juga telah dipersembahkan dengan persembahan terapi muzik oleh penghuni yang mengikuti program Pusat Seni Kreativiti institusi ini. Peserta melahirkan rasa kagum dengan pendekatan yang dipraktikkan oleh Jabatan dalam melaksanakan sistem koreksional bersepadu kepada penghuni.
""