Pada 24 hingga 27 September 2014 bertempat di Stadium Bintulu, telah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2014. Di dalam program tersebut Kadet Koreksional SMK Riam yang diselaraskan oleh Penjara Pusat Miri telah dipilih untuk menyertai Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Bagi Badan-Badan Beruniform Sekolah Menengah Mengikut Daerah Di Zon Sarawak. Kadet Koreksional SMK Riam, Miri telah menghantar seramai (33) orang pelajar Kadet Koreksional, (3) orang guru pengiring dan (3) orang jurulatih iaitu KPL 16601 Latif bin Ahim, WP 13309 Zulhardy bin Sani dan WP 17377 Cyril ak Eddie telah dinobatkan sebagai Johan dengan mengatasi (23) pasukan badan-badan beruniform lain yang turut serta dalam pertandingan tersebut. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Bolhassan, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh Wakil-Wakil Jabatan Pelajaran dari Daerah di Sarawak, Pengetua-Pengetua Daerah Bintulu dan Guru-Guru Ko-Kurikulum Setiap Zon Di Sarawak.
""