Pada 30 September 2014, Penjara Wanita Kajang telah menerima kunjungan daripada Kedutaan Republik Indonesia yang melakukan lawatan dan perjumpaan ke atas seramai lebih kurang 104 banduan Warga Indonesia. Delegasi seramai lapan orang diketuai oleh Bapak Hermono, Wakil Duta Besar Republik Indonesia disambut oleh Timbalan Penguasa Penjara Nur Raudzah Binti Mohamad Shahimi bersama beberapa Pegawai Kanan. Satu sesi dialog juga diaturkan bagi memberi peluang kepada banduan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan delegasi tersebut. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari antara pihak kedutaan dan semua penghuni warga Indonesia.
""