28 September 2014 Majlis Perasmian Penutupan Program Hijrah Kasih 3 anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Abdullah Bin Mohamad Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran TKPj Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah bersama PKK Ajidin Bin Hj. Salleh, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program yang bermula pada 26 hingga 28 September 2014 melibatkan seramai 80 orang penghuni Sekolah Integriti Penjara Pusat Kota Kinabalu. Sepanjang program ini berlangsung penghuni didedahkan tentang tanggungjawab dan kesedaran dalam diri terhadap agama, keluarga, masyarakat dan negara. Program ini juga memberi peluang kepada untuk berjumpa dengan keluarga yang tersayang.
""