Kuala Terengganu, 7 Oktober 2014 ? Bersempena dengan sambutan Aidiladha, Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu telah mengadakan Program Qurban Aidiladha. Haiwan korban telah disumbangkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Pihak YaPEIM telah diwakili oleh Encik Che Azalan bin Noor, manakala Jabatan Veterinar diwakili oleh Penolong Pegawai Veterinar, Encik Mohd Nong bin Botok. Program ini turut disertai oleh Imam dan ahli jawatankuasa masjid serta penduduk Kampung Banggol Katong dan dibantu oleh kakitangan Parol, Orang Di Parol, Pesalah Kehadiran Wajib dan penghuni Rumah Perantaraan Negeri Terengganu.
Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan dan masyarakat setempat serta secara tidak langsung memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai misi dan visi jabatan dalam memulihkan bekas-bekas banduan.
""