Pada 07 Oktober 2014 bermula jam 08.00 pagi bertempat di Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah, Melaka telah diadakan Program Intervensi Korban Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka. Seramai 8 ODP, 15 PKW, 2 Penghuni Rumah Perantaraan Negeri Melaka bersama-sama anggota Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka hadir dalam program terebut. Turut hadir dalam program tersebut termasuklah 4 orang pegawai daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Negeri Melaka (YPEIM) yang turut menyumbangkan seekor lembu pada majlis korban tersebut.
Program dimulakan dengan acara penyembelihan 2 ekor lembu di Kg. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan dibawa ke PPD Melaka Tengah untuk proses melapah dan pengagihan daging korban. Majlis bacaan doa selamat juga diadakan dan dibimbing oleh bekas ODP yang turut dijemput bagi memeriahkan program.
Program tersebut berakhir pada jam lebih kurang 01.30 tengahari, semua yang hadir telah dihidangkan jamuan makan tengahari sebelum bersurai.
""