Pada 09hb Oktober 2014 ( Khamis ) pada jam 3.00 petang, satu lawatan kerja dari Unit Strategi Nasional ( NSU ), Kementerian Kewangan telah diadakan di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10 , Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Pegawai NSU terdiri daripada En. Kumaresan a/l Karuppiah, Timbalan Pengarah ( Pemantauan )1, Pn. Yasmin binti Azuddin, Ketua Penolong Pengarah ( P )1 dan Cik Romlah binti Ilias. Turut hadir bersama TKPj Yasuhimi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti dan Leftenan Kolonel Malek bin Itot, Pegawai Markas Stesen Staf 4 Bridged Mekanize, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Objektif lawatan dari NSU adalah untuk memantau dan membantu menyelesaikan isu kewangan bagi memastikan perlaksanaan inisiatif dilaksanakan dengan berkesan. Sesi taklimat disampaikan oleh KIP Mat Ali bin Mohamad, Komandan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
""