| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping

22 hingga 24 September 2014, Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 bagi skop auditan Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru  Jawatan Pegawai Penjara Gred KX 17 telah dilakukan oleh Encik Abd Rashid Bin Mohd Ya'acob dari SIRIM QAS International Sdn Bhd. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak. Turut hadir dalam mesyuarat pembukaan ialah wakil pengurusan, Pengurus Dokumen serta semua Ketua Sekolah dan Unit yang juga merupakan pemegang prosedur dan manual kualiti yang melibatkan Sistem Pengurusan Kualiti, Tanggungjawab Pengurusan, Pengurusan Sumber, Penghasilan Produk dan Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan.Secara keseluruhannya, Sistem Pengurusan Kualiti di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping menepati keperluan Standard MS ISO 9001:2008  dan telah disyorkan untuk pensijilan semula tanpa sebarang pindaan.

 

""