19 Oktober 2014; Penjara Sungai Buloh menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Jabatan Penjara Malaysia 2014 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia yang telah diadakan bertempat di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 19 Shah Alam. Kejohanan yang telah diadakan pada 17-19 Oktober 2014 ini disertai oleh sebanyak 14 Pasukan. Kejohanan kali ini mendapat kerjasama teknikal daripada Persatuan Bola Tampar Negeri Selangor. Perlawanan akhir, menyaksikan Selangor C (IPPM) merangkul gelaran Juara dengan menumpaskan pasukan Negeri Sembilan manakala tempat ke tiga bersama dimenangi oleh pasukan Kelantan B dan Selangor A . Majlis perasmian penutupan kejohanan disempurnakan oleh TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh merangkap Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia. Majlis turut dihadiri wakil daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia iaitu TKPj Abdul Aziz Bin Mohamad serta wakil dari Institusi Zon Tengah.
""