Pada 17 Oktober 2014 telah berlangsung Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Refleksologi di Dewan A, Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak. Kursus yang berlangsung selama seminggu itu telah melibatkan (11) orang tahanan dan (7) orang kakitangan. Kursus ini adalah hasil kerjasama Jabatan Penjara dengan Syarikat Aifaa Enterprises di bawah Program Peluang Kedua (Second Chance) sebagai persiapan untuk penghuni menjalani kehidupan baru selepas dibebaskan. Turut diundang memberi ceramah semasa majlis penutupan kursus ini ialah Puan Habibahanin bte Mat Taha, Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Negeri Perak yang telah memberi pendedahan berkaitan peluang-peluang kerjaya dan kaedah serta syarat-syarat mendapatkan pinjaman modal bagi mengusahakan kerjaya di bidang ini. Semua peserta telah menerima sijil kursus masing-masing daripada PP Ramle bin Ahmad, Timbalan Pengarah PPA Batu Gajah.
""