Pada 23 Oktober 2014 di Dataran Hadapan Pejabat Rekod Penjara Sungai Buloh telah berlangsung Program Jalinan Kasih sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program telah melibatkan 11 orang banduan dan 47 orang ahli keluarga yang hadir. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Sobri bin Saad, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh dan Penguasa Penjara Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari banduan kepada keluarga yang berupa kraftangan penghuni sendiri.
""