Pada 18.10.2014 seramai 18 orang kakitangan Penjara Puncak Borneo telah melakukan kayuhan basikal dari Kompleks Penjara Puncak Borneo ke daerah Lundu. Walaupun dalam keadaan hujan pada pagi tersebut, ianya langsung tidak mematahkan semangat para peserta untuk memulakan kayuhan pada kira-kira jam 0645 pagi.
Kayuhan tersebut meliputi jarak 104 kilometer itu berjaya ditamatkan di Pekan Lundu pada jam 0300 petang.
""