Pada 28 Oktober 2014 Unit Program Pembangunan Insan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Dewan Pemulihan melibatkan seramai 11 orang penghuni Penjara Pokok Sena yang beragama Hindu. Program ini telah disempurnakan oleh TPP Zulhafiza Bin Mohamed, Ketua Unit Program Pembangunan Insan Penjara Pokok Sena yang turut di hadiri oleh Ahli lembaga Hakim Pelawat dan Media. Menerusi pendekatan ini, program sebegini dapat memberi sokongan dan nilai kasih sayang oleh pihak ahli keluarga di dalam memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam Penjara ini.
""