28 - 30 Oktober 2014, Penjara Sandakan dengan kerjasama Ahli Parlimen Kinabatangan, ADUN Sukau dan JKKK Kg. Sukau, Kinabatangan telah menganjurkan Program Bakti 1Penjara di Kg. Sukau, Kinabatangan. Program mendekati masyarakat dianjurkan bagi menjelaskan fungsi serta peranan Jabatan Penjara Malaysia melibatkan aktiviti program anak angkat, membersihkan kubur, keagamaan, sukan dan lawatan. Seramai 20 anggota Penjara Sandakan terlibat dalam menjayakan program ini. Pelepasan peserta dari Penjara Sandakan disempurnakan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan sementara majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Pg. Aziz bin Pg. Damsah.
""