30 Oktober 2014 Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh telah diadakan di Hadapan Padang Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program ini melibatkan 500 penghuni dan dihadiri oleh TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh bersama tetamu jemputan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bersama Pejabat Agama Daerah Hulu Selangor, Daerah Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Di antara pengisian program yang dijalankan adalah pertandingan Tilawah, Hafazan dan Nasyid.
""