Pada 23 Oktober 2014, bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Pusat Miri, Unit Latihan Penjara Miri dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Miri serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri telah menganjurkan Kursus Asas Kebakaran dan Kursus Pertolongan Cemas. Kursus yang dijalankan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini dihadiri oleh 25 orang kakitangan institusi ini. Antara objektif kursus ini diperkenalkan adalah agar para peserta mengetahui cara dan teknik memadam kebakaran, memberikan pengetahuan serta pendedahan kepada peserta dalam menangani situasi kecemasan sementara menunggu pasukan kesihatan atau paramedik tiba jika berlakunya kejadian luar biasa. Dengan adanya kursus ini adalah diharapkan ianya akan memberikan pengetahuan dan tambah nilai kepada peserta dalam menangani situasi kebakaran dan kecederaan dan kecemasan dan tidak panik dalam situasi yang berkenaan.
""