Pada 1 dan 2 November 2014, Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Pertandingan Petanque Terbuka sempena dengan sambutan Hari Penjara Tahun 2014. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk untuk mengeratkan lagi integrasi nasional di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan komuniti setempat melalui sukan. Sebanyak 33 pasukan telah mengambil bahagian dan keputusannya Pasukan Petronas Carigali Miri (SKO1) telah muncul sebagai juara. Naib johan pula dimenangi oleh pasukan Petronas Carigali Miri (SKO 5) dan tempat Ke tiga bersama dimenangi oleh Pasukan Petronas Carigali Miri (SKO 3) dan Penjara Miri 1. Majlis perasmian pembukaan telah dilakukan oleh PKP Kamarul Alam Bin Taib, Pengarah Penjara Miri manakala majlis perasmian penutupan serta penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh TKPj Abdul Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak.
""