1 November 2014 - Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Solat Hajat dan Restu Ilmu kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2014. Majlis ini disertai oleh 73 orang calon SPM Sekolah Henry Gurney, 9 orang calon menumpang, 88 orang keluarga pelajar, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Guru Pembimbing SIPS+ serta tetamu jemputan. Objektif Program tahunan ini diadakan adalah untuk membina motivasi yang tinggi, memohon doa dan restu dari ibu bapa serta guru-guru agar mendapat keberkatan ilmu dalam menghadapi peperiksaan.
Program ini telah dirasmikan oleh TKPj Haji Darussalam bin Haji Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Pemulihan dan Rawatan) Jabatan Penjara Malaysia. Aturcara program dimulakan dengan Solat Hajat, Solat Taubah dan Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Ismail Hafizul Azim bin Ismail Al Hafiz, Imam Satu Masjid Selat Melaka. Acara diteruskan dengan ceramah motivasi oleh En Rohizal bin Kassim dari "In Person Training & Consultant". Kemuncak program iaitu majlis restu ilmu guru yang disampaikan oleh En Othman bin Markom, Ketua Unit Akademik SHG serta ikrar daripada calon-calon SPM. Kehadiran ibu bapa dalam memberi sokongan dalam program ini juga amat menggalakan. Institusi ini turut mengundang badan NGO's seperti Persatuan Hindu Sanggam dan juga NGO's Kristian untuk upacara keagamaan bagi pelajar yang bukan beragama Islam.
""