Pada 6 November 2014 (Khamis), Penjara Tapah telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Malaysia Ke - 224 Peringkat Institusi yang berlangsung di perkarangan Dewan Dato' Yasin Penjara Tapah. Sambutan ini telah disempurnakan oleh PKP Faisal bin Mohamed Noor Timbalan Pengarah Penjara Tapah dan dihadiri oleh tetamu jemputan seperti Pegawai Daerah dan Tanah Batang Padang, Ketua Polis Daerah Tapah, Pegawai Memerintah 4 RAMD Tapah, Majistret Teluk Intan, Majistret Tapah dan Pengetua SMK Dato Panglima Perang Kiri,Tapah Road. Seramai (87) orang kakitangan beruniform dan awam institusi ini telah dianugerahkan pingat dan sijil penghargaan sempena sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-224. Pelbagai program telah diadakan seperti ceramah integriti dari pihak SPRM, pertandingan karaoke, bacaan Yaasin, Solat Hajat serta pameran dari agensi seperti JPJ, PDRM, Pejabat Kesihatan, JPAM, AADK dan Bomba.
""