06 November 2014, Seramai 108 anggota yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, anggota pelbagai pangkat dan pegawai awam telah telah menjayakan Sambutan Hari Penjara Ke 224 peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Selain majlis penyampaian pingat dan sijil penghargaan pada tahun ini, perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah disampaikan oleh PP Arzaee bin Abdullah, Timbalan Pengarah SHG Melaka pada Perhimpunan pagi.
Pengisian lain yang diadakan sempena sambutan Hari Penjara ialah kempen menderma darah, lawatan kebajikan ke rumah pesara-pesara serta pada sebelah petang diadakan acara sukaneka dan diakhiri dengan majlis solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil yang diadakan di Surau Al-Bharaqah.
""