Pada 07 November 2014, Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama Penjara Simpang Renggam dan PGA BN 5 telah menganjurkan ceramah perdana sempena Sambutan Maal Hijrah. Ceramah tersebut bertajuk Perpaduan Nadi Transformasi Negara yang telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.B Datuk Liang Teck Meng ahli Parlimen Simpang Renggam, Y.B Abd Mutalip Bin Hj. Abd Rahim EXCO Agama Negeri Johor ,Pengarah Penjara Simpang Renggam TKPj Tan Tian Heng pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam serta orang awam. Jumlah yang hadir pada program ceramah tersebut adalah lebih kurang 7,000 orang.
""