10 November 2014 - Bersempena sambutan Hari Penjara Ke 224, Perkhidmatan Komuniti Negeri Terengganu telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat yang dihadiri oleh PP Shukri bin Harun, Pengarah Parol Negeri serta kakitangan, penghuni RP serta masyarakat sekitar. Majlis sambutan Hari Penjara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Parol Negeri Terengganu dengan acara penyampaian pingat kepada kakitangan. Pada sebelah petang, pertandingan Bowling antara kakitangan Parol Negeri Terengganu turut diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai.
""