7 November 2014 - Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Program Genta Puisi 2014 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, YBhg. KPj Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Dua kategori dipertandingkan iaitu deklamasi sajak dan syair karya penghuni dari institusi Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Penjara Tapah, Penjara Pokok Sena, Penjara Kluang, Penjara Koreksional Dungun dan Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Acara selingan diisi dengan persembahan sketsa "Di Daerah Ini" dari penghuni Penjara Kajang. Deklamasi Sajak "Wirid Pahlawan" karya Mohd Radzi Abd. Hamid dan dideklamasikan oleh Kolonel Mohd. Radzi bin Abdul Hamid (ATM),Persembahan Monodrama "Jalan Primadona" dari Zamzuriah Zahari (ASWARA) dan persembahan nyanyian puitis oleh Wan Aminuddin bin Wan Ismail.
""