Pada 6 November 2014 (Khamis) Penjara Sungai Petani telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-224 Peringkat Institusi bertemakan ?Transformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera? bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani dan majlis telah di sempurnakan oleh PP Jamaludin bin Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani. Majlis sambutan bermula jam 7.30 pagi di dahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia diikuti dengan bacaan Ikrar Jabatan oleh TPP Mohd Nizar bin Abdullah. PP Jamaludin bin Awang Kechik juga telah sudi menyempurnakan pemakaian pangkat dan pingat dan sijil-sijil penghargaan kepada (43) kakitangan dan anggota.
Yang Berusaha PP Jamaludin bin Awang Kechik kemudiannya membacakan teks Perutusan Ketua Pengarah Penjara, Y.Bhg. Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Omar. Sempena sambutan ini juga telah diadakan pertandingan petanque wanita dan bola sepak yang dimenangi oleh pasukan TPP Kamarul Efzan.
""