7 November 2014, Sambutan Hari Penjara Malaysia Yang Ke-224 bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penguasa Penjara Asri Bin Sabu Pengarah Parol Negeri Sembilan yang turut membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat serta sijil penghargaan kepada 36 kakitangan daripada PPP Kem Syed Sirajuddin,Parol Daerah Seremban,Parol Daerah Tampin,Parol Daerah Jempol dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan.Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dolah, PYM PPP Kem Syed Sirajuddin serta pegawai kanan.
""