10 November 2014 - Penjara Kajang telah meraikan sambutan Hari Penjara Ke-224 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kajang yang disempurnakan oleh Yang Setia KPj Haji Abd Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Kajang. Seramai 146 kakitangan telah menerima pingat dan sijil penghargaan dan turut diadakan pemakaian pangkat bagi Inspektor Penjara yang telah disahkan jawatan serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada anggota daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA).
""