10 November 2014 : Bertempat di Dataran Agro, Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke 224. Sambutan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara PKP Tuan Haji Mohamed Bin Haji Musa dan turut melibatkan Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka serta Muzium Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Bakti Setia, pemeriksaan barisan, pemakaian pangkat dan penyampaian sijil. Program pemeriksaan kesihatan dan derma darah turut diadakan selepas majlis selesai.
""