7 24 November 2014, Kumpulan BLUE OCEAN dari Penjara Pusat Kota Kinabalu sekali lagi dipilih bagi mewakili Wilayah Sabah dan Sarawak di dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selama tiga hari bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Sebanyak 217 kumpulan dari seluruh Negara telah menyertai konvensyen ini yang telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Tan Sri Azman Hashim selaku Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pada majlis tersebut, Kumpulan BLUE OCEAN telah menerima anugerah Emas (2 Bintang).
""