Pada 06 Mei 2014 telah berlangsung program sempena Hari Ibu anjuran Penjara Pusat Miri bersama Sukarelawan IM4U. Program ini telah disertai oleh 14 anggota Sukarelawan IM4U melibatkan seramai 14 penghuni wanita. Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah membuat kraftangan manik, menanam sayur secara hidroponik, menyemai benih taugeh dan membuat "Cup Cake". Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Kamarul Alam bin Taib turut hadir bersama Pengarah IM4U Encik Efny Johan.
""