Pada 05 hingga 07 Mei 2014 telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (K.I.K) Peringkat Zon Timur Tahun 2014 Jabatan Penjara Malaysia. Konvensyen tersebut adalah anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan di kelolakan oleh Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Sebanyak 8 Kumpulan telah menyertai Konvensyen tersebut. 2 Kategori telah di pertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Bagi Kategori Pengurusan, Kumpulan Karisma daripada Pusat Koreksional Machang Kelantan telah dinobatkan sebagai Johan diikuti Naib Johan Kumpulan Prima Bestari daripada Penjara Marang Terengganu manakala tempat Ketiga pula disandang oleh Kumpulan PRO-P daripada Parol Dan Komuniti Negeri Pahang. Bagi Kategori Teknikal pula Johan disandang oleh Kumpulan Merpati dari Parol Dan Komuniti Negeri Kelantan, Naib Johan Kumpulan Cerana dari Penjara Pengkalan Chepa dan Ketiga Kumpulan Merpati dari Penjara Penor. Persembahan tebaik pula jatuh kepada Kumpulan Merpati daripada Parol Dan Komuniti Negeri Kelantan. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. TKPj Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak Pengarah Penjara Bentong dan dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Penjara serta Parol dan Komuniti Zon Timur.
""