Pada 8 Mei 2014 (Khamis), telah berlangsung Program Sentuhan Qalbu bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh bagi tahun 2014M/1435H anjuran Unit Agama, Jabatan Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh PP Tuan Raja Nazril bin Raja Iskandar, Penguasa Penjara Sungai Buloh. Turut serta Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh, TKPj Narander Singh, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Tn Hj Ahmad Zaharin bin Mohd. Program Sentuhan Qalbu ini disertai seramai 500 penghuni dimulakan dengan berselawat zikir beramai-ramai. Program Sentuhan Qalbu ini mengandungi 2 slot iaitu bagi slot pertama pertandingan nasyid antara blok dan seramai 7 pasukan yang menyertai. Bagi slot yang kedua ialah Ceramah dari Ybhg, Us Hj Hafiz Alwi dari ASWAJA Selangor. Bagi Pertandingan Nasyid, hadiah diberi kepada semua pemenang-pemenang merupakan sumbangan daripada pihak PAID Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Semua hadiah disampaikan oleh Pengarah JAIS dengan diiringi oleh Penjara Penjara Sg Buloh.
""