Pada 3 Mei 2014 bertempat di Nexus Golf Resort Karambunai telah berlangsung Kejohanan Golf 6 Penjuru Jabatan Uniform Sabah (JUSA) yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia, Sabah. Kejohanan ini melibatkan beberapa badan beruniform di Negeri Sabah di antaranya ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (Darat), Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Jabatan Penjara. Seramai 100 pemain telah menyertai kejohanan ini . Johan keseluruhan pada edisi kali ini jatuh kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia.
""