Pada 28 April 2014 jam 3.00 petang Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan seramai 70 orang peserta Program Bahaya Moral di kalangan remaja yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Langat, Selangor. Seramai lebih kurang 40 peserta remaja ( lelaki dan wanita ) yang bermasalah telah menyertai program ini. Pengisian program ini adalah ceramah kepenjaraan, pameran dan motivasi kepada peserta program. Sebelum ke Penjara, peserta telah melawat Sekolah Tunas Bakti dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta remaja tentang peranan, hukuman serta tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia.
""