Pada 17 April 2014 telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Eksekutif Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Hotel EDC UUM. Majlis tersebut telah diwakili oleh YBhg KPj. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak.
Majlis turut dihadiri oleh TKPj Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, PKP Norwati binti Mat Isa, Bahagian Pembangunan Profesionalisme, PKP Mohd Muslih bin Mahmud Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Alor Setar, PP Abu Bakar bin Mohd Noor,Pengarah Parol Negeri Perlis, PP Teyun Thian Eim, Pengarah Parol Negeri Pulau Pinang, PP Sabu bin Hassan, Pengarah Parol Negeri Kedah dan PP Abdul Muain bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Perlis.
Kehadiran keseluruhan graduan pada majlis tersebut seramai 48 orang iaitu 20 peserta Sijil Eksekutif Amalan Koreksional, 15 peserta Sijil eksekutif Amalan Koreksional (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) serta 13 peserta Sijil Eksekutif Amalan Koreksional ( Kerja Sosial ). Dalam majlis tersebut turut disampaikan sijil kepada pelajar cemerlang mengikuti kategori seperti berikut :
1. KIP Zaihuri bin Zulkifli
Sijil Eksekutif Amalan Koreksional
2. KIP Mohd. Rashid Nazir
Sijil Eksekutif Amalan Koreksional (Kerja Sosial)
3. IP Imran Ahmad
Sijil Eksekutif Amalan Koreksional (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
""