| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Ke 8 Tahun 2014

Kuching, Sebanyak 20 pasukan daripada seluruh institusi Penjara Malaysia telah menyertai Kejohanan Ping Pong Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014 yang bermula pada 9 hingga 11 Mei 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kuching, Sarawak. Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah dibuat oleh TKPj Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak pada 09 Mei 2014. Keputusan perlawanan Perseorangan Terbuka Wanita jatuh kepada Puan Poh Soh Lee (Sarawak), Perseorangan Terbuka Lelaki dimenangi oleh WP Abdul Karim bin Mohamad (Johor B), Kategori Bergu Terbuka Lelaki dimenangi oleh TPP Halim Ibrahim bersama Mohamad bin Talib (Selangor C) manakala Kategori Beregu VIP diungguli oleh pasangan YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar bersama TPP Halim Ibrahim (Selangor C). Pasukan Selangor C mengekalkan kejuaraan bagi acara berpasukan bagi Edisi Ke-8 ini. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

 

""