| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014 Peringkat Zon Tengah

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif, Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2014 Peringkat Zon Tengah telah diadakan dari 7 - 9 Mei 2014 bertempat di Puteri Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Konvesyen kali ini telah dikelolakan oleh Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan. Sebanyak 9 kumpulan dari institusi penjara zon tengah telah menyertai konvensyen ini iaitu 5 kumpulan dalam Kategori Teknikal dan 4 kumpulan dalam Kategori Pengurusan. Dalam konvensyen kali ini, persembahan projek telah dinilai mengikut format permarkahan terbaharu berdasarkan 3 kriteria utama iaitu Persembahan, Viva dan Pameran Projek. Majlis Perasmian Penutupan Konvesyen telah disempurnakan oleh YS KPj Hj Abd Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Kajang, Selangor yang turut dihadiri Ketua - ketua Institusi Penjara yang bertanding serta wakil daripada Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.


Keputusan pemenang mengikut kategori projek adalah seperti berikut :


Teknikal

i. Johan - Penjara Kajang (MYQ)
ii. N.Johan - Maktab Penjara Malaysia (Momentum 5)
iii. Ketiga - Penjara Sg Buloh (Evolusi)


Pengurusan

i. Johan - Penjara Wanita Kajang (Diamond)
ii. N.Johan - Seremban (Jitu)
iii. Ketiga - Parol Selangor

 

Bagi kategori khas pula pemenang adalah seperti berikut :

i. Persembahan terbaik - Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah (Kinta)
ii. Viva terbaik - Penjara Kajang (MYQ)
iii. Pameran terbaik - Institusi Pemulihan Dadah,Jelebu (Eco Wheel)

 

""