21 Mei 2014 Majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat institusi Penjara Pokok Sena dimulai selepas solat maghrib dengan pengisian ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abdullah bin Muda, Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Islam Negeri Pulau Pinang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran TKPj Haji Kushairi bin Manap, Pengarah Penjara Pokok Sena, YBhg. Dato' Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Alor Setar.
""