Kejohanan Tarian, Nyanyian Lagu Asli, Moden Dan Kugiran Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia telah berlangsung pada 24 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di Seremban Centrepoint Shopping Complex, Negeri Sembilan. Kejohanan ini disertai oleh 17 kontinjen dari semua institusi Penjara Malaysia dan telah dikelolakan oleh Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YS PKK Ajidin bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir ialah PP Abdul Rahman bin Taib, selaku Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia dan PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Berikut adalah senarai johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
|