25 Feb 2014 (Selasa) telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013 peringkat Zon Tengah bertempat di Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang. Seramai 249 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia (34 penerima) Penjara Kajang (78 penerima), Maktab Penjara Malaysia (07 penerima) Penjara Sungai Buloh (50 penerima), Penjara Wanita Kajang (23 penerima), Penjara Seremban (21 penerima), Penjara Jelebu (19 penerima) dan Parol (17 penerima) telah menerima anugerah berkenaan. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato' Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Penjara dan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan ketua institusi zon tengah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah pada kali ini.
""