Pada 26.02.2014 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat Medamit, Penjara Limbang telah diadakan perjumpaan bersama 31 orang Sukarelawan Koreksional. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Limbang, PKP Charin Promwichit dan pegawai-pegawai kanan institusi. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenali para sukarelawan ini dengan lebih dekat di samping memberi pendedahan serta mengadakan perbincangan tentang aktiviti dan program yang boleh disertai oleh mereka. Selain itu, pemilihan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Koreksional Penjara Limbang juga telah diadakan bagi melancarkan aktiviti sukarelawan ini dalam membantu program pemulihan banduan.
""