| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pemilihan Maksak Sukan Petanque Tahun 2014 Kategori "Double" Untuk Jabatan-Jabatan Kerajaan Anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Miri Dengan Kerjasama Persatuan Sukan Petanque Bahagian Miri

Pada 02 dan 03 Mac 2014 bertempat di Dewan Indoor Gelanggang Petanque Daerah Miri, Sarawak, satu pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan bagi Pemilihan MAKSAK Petanque Bagi Tahun 2014 Yang Akan Mewakili Daerah Miri Ke Pertandingan MAKSAK Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Kuching nanti.


Antara acara yang dipertandingkan adalah "Double lelaki dan Wanita" terbuka, Penjara Miri telah menghantar  4 pasukan lelaki dan 2 Pasukan Wanita yang diketuai IP Ahmad Aznu bin Aziz Pung dan jurulatih Sarjan Penjara Sulaiman bin Abd. Wahid. Seramai 20 kumpulan yang terdiri daripada Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Petronas yang telah mengikuti pertandingan tersebut.


Majlis Penutupan telah diadakan pada 03 Mac 2014 dengan keputusan memihak kepada Jabatan Penjara Malaysia ( PenjaraMiri )dengan keputusan Johan dan Tempat Ketiga seperti berikut ;


Johan : PRIDEPT 1( JabatanPenjara Malaysia )


IP Ahmad Aznu bin Aziz Pung dan SP Sulaiman bin Abdul Wahid


Tempat Ketiga : PRIDEPT 3(JabatanPenjaraMalaysia )


Wadar Penjara bil.15036 Laila bin Matu Ali
Wadar Penjara bil. 17404 Mohd.  Bidazulhaiziz Bin Waili.


Dengan sokongan dan galakkan daripada Pengarah Penjara Miri PKP Kamarul Alam bin Taib pasukan Petanque penjara berjaya merangkul Johan dan Tempat Ketiga. Syabas diucapkan.

 

""