Pada 5 Mac 2014 bertempat di Padang Bolasepak Penjara Kajang berlangsung Kejohanan Olahraga Kali Ke-5 peringkat Sekolah Integriti Kajang. Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin yang turut merasmikan majlis pembukaan. Manakala penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Kajang, KPj Haji Abd Wahab bin Haji Kassim.
""